Sunday, March 13, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU


Pada 13 Mac 2011, En. Husaini Zakaria dan Pn. Munira Muhammad Dum telah melangsungkan perkahwinan mereka dengan sungguh meriah sekali. Majlis pihak perempuan diadakan di Sungai Rambai, Melaka manakala majlis menyambut menantu pihak lelaki pula akan diadakan pada 19hb Mac 2011 di Bota, Perak. Semoga Guru Seni dan juga Guru Kaunseling kita ini bahagia hingga ke anak cucu.

TOKOH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2010


Izyan Ainaa binti Hasbullah. Itulah nama seorang lagi ahli batch kita yang telah mengharumkan lagi nama batch 1115. Dia telah menerima Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2010. Dia telah menceritakan pengalamannya sehingga terpilih menerima anugerah tersebut pada tahun lepas. Semoga dia kekalkan dan bagi budak-budak yang tidak suka baca buku, contohilah sifat dia.

MALAM TALENTIME!

Dalam banyak-banyak malam, aku rasalah malam nilah paling meriah semasa kita tinggal di MOZAC. Sebab banyak persembahan diadakan iaitu Zapin, Sketsa, Video clip, Hindustan, Kuda Kepang dan Koir. Dahlah ada banyak persembahan, ramai pulak ibu bapa datang menyaksikannya. Pergh!!! Memang meriah aku cakap.Ha! Ini persembahan pembukaan bagi memeriahkan majlis. Kalau korang perasan aku menari kat belakang pastu paling hujung sekali.Ni persembahan kuda kepang moden, masa awal-awal memang lagu ulek mayang tapi biila start betul-betul, Lagu Black Eyed Peas. Jangan memain ngan abang senior kat sini. Macam-macam diorang punya idea. Sebenarnya persembahan ini hampir dibatalkan oleh disebabkan oleh bantahan dari sesuatu pihak, namun, oleh sebab kebijaksanaan senior-senior disini, akhirnya, the show must go on!iInilah barisan-barisan ibu bapa yang sporting. Huih, khusyuknya tengok persembahan sampai orang yang ambik gambar pun tak pandang. Tu jelah yang aku boleh tulis dan sori kalo aku tak tulis pasal persembahan yang lain-lain tu sebab tak ada gambar.

LAWATAN KE BANDAR HILIR, MELAKA

Korang semua ingat tak masa kita pergi lawatan ke bandar hilir. Best dowh. Masa tu masih minggu orientasi lagi. Tujuan cikgu bawak kita ke situ aq rsa adalah untuk rasa stress budak-budak batch kita hilang. Yela, tengok, takkan cikgu nak bagi kita terkurung duk kat MOZAC tu. Mestilah kena bawak pergi jalan-jalan."Okey, murid-murid sila beratur ikut group masing-masing."Cikgu Husaini dan buih-buihnya menceriakan suasana.Wah! Terujanya diorang semua. Aik, mana gambar aku? Tak pelah, lpas tu kita semua pegi muzium. Best tak tengok barang-barang bersejarah. Yang aku paling suka ialah Senapang Inggeris. Okeylah, semoga cikgu-cikgu MOZAC bawak kita pergi lawatan lagi lain kali.

PENDAFTARAN BATCH 1115 FIRST INTAKE

Pada 5 Jan 2011, hampir semua ahli batch 1115 telah menjejakkan kaki diatas bukit MOZAC. Mesti ada yang berkata, "Huih, tinggi gila sekolah ni". Aku tahu sebab aku pun sama. Kita telah berkumpul di DEWAN SULTAN MUZAFFAR SYAH untuk sesi pendaftaran. Setelah melihat slideshow berkenaan dengan MOZAC semua pelajar telah menunggu untuk sesi pendaftaran. Pn.Rosnah sedang memberikan senyuman yang berkata "SELAMAT DATANG" kepada form 1 baru MOZAC. Guru-guru kelas yang sudah tidak sabar menunggu kehadirn para pelajarnya. Semoga mereka dapat membimbing kita dan semoga Batch 1115 ini menjadi batch yang cemerlang.

JUARA SQUASY


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ammar Naim b. Zulhazmi, wakil sekolah dan juga wakil batch 1115 kerana telah menjadi Johan Squasy MSSM. Syukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan satu bakat kepada Ammar untuk mengharumkan nama batch dan juga memberi markah kepada rumah Syahbandar. Semoga Ammar terus cemerlang dalam bidang squasy ini.

KETUA BATCH


Pada tanggal 11 Mac (sebab msa tu dah pkol 2), batch kita akhirnya mempunyai seorang pemimpin yang tinggi, agak hensem, kelas 1 Alpha dan merupakan anak seorang guru di MOZAC. Namanya ialah Amirul Afiq (a.k.a. Marwan). Tetapi kita punya PKB blom ditentukan so, untuk pelajar perempuan sila pilih dengan tepat agar tidak jahanam batch kita ni. Dan, kepada Afiq tolonglah pimpin batch kita ke arah yang cemerlang. SEMANGAT BATCH 1115!!!